NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) memberi komitmen untuk memastikan bahawa pemprosesan data peribadi oleh PIDM mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Notis ini dikeluarkan selaras dengan PDPA (“Notis Privasi”).

1. Data Peribadi

1.1 Jenis data peribadi

Dalam mana-mana urusniaga PIDM dengan anda, PIDM mungkin perlu mengumpul, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi anda yang mungkin termasuk seperti yang berikut (“Data Peribadi”):

  1. Maklumat peribadi: nama, bangsa, agama, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, butiran perhubungan, nombor kad pengenalan, nombor paspot, status perkahwinan, butiran pasangan, tanggungan dan ahli keluarga terdekat;
  2. Maklumat dan latar belakang pekerjaan: minat peribadi, kemahiran, pendidikan dan kelayakan berkaitan, butir-butir referi, penilaian prestasi, penilaian dan keputusan peperiksaan;
  3. Maklumat kewangan: butir akaun bank dan kad kredit, sumbangan statutori iaitu butir KWSP, PERKESO dan cukai pendapatan; maklumat mengenai aset, liabiliti, kepercayaan kredit, jawatan pengarah dan pegangan saham dalam syarikat;
  4. Keadaan atau kesihatan fizikal dan mental; dan
  5. Perbuatan melakukan atau dakwaan tentang perbuatan melakukan sebarang kesalahan atau prosiding bagi sebarang kesalahan yang dilakukan atau didakwa dilakukan termasuk salah laku lalu, pelupusan prosiding tersebut atau hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah dalam prosiding tersebut.


1.2 Sumber data peribadi

PIDM mengumpul Data Peribadi melalui beberapa kaedah yang termasuk:

  1. maklumat yang anda telah memberi kepada kami melalui apa jua cara dan/atau apa juacara;
  2. maklumat yang diperolehi sendiri oleh kami atau diberikan kepada kami daripada mana-mana sumber yang sah atau boleh didapati secara umum;
  3. borang pertanyaan, permohonan atau pendaftaran yang lengkap melalui pelbagai cara, dari pencari eksekutif apabila anda atau pencari eksekutif tersebut menghantar mana-mana borang yang disebut atau kurikulum vitae, termasuk secara talian dan salinan fizikal;
  4. sebarang borang yang anda telah menyerah kepada kami;
  5. mana-mana emel, surat-menyurat, pertanyaan daripada anda atau dengan kami;
  6. sebarang dokumen (termasuk borang statutori) yang telah diserahkan kepada kami untuk diproseskan; atau
  7. kad perniagaan yang telah diberikan kepada pekerja atau ejen kami.


2. Tujuan pengumpulan dan pemprosesan (termasuk penzahiran) maklumat peribadi

Data Peribadi mungkin diproseskan, dikumpulkan dan digunakan untuk tujuan-tujuan berikut yang termasuk (“Tujuan”):

  1. untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab PIDM yang berkaitan dengan fungsi atau aktivitinya di bawah undang-undang yang ditadbirkan oleh PIDM dan hanya apabila ia perlu untuk atau berkaitan secara langsung dengan tujuan tersebut;
  2. untuk mewujudkan direktori atau pangkalan data sama ada untuk publisiti atau tidak;
  3. untuk memudahkan, memproseskan, berurus niaga dengan, mentadbir dan mengurus perhubungan atau transkasi anda dengan kami, termasuk penyediaan dan pelaksanaan semua dokumen yang diperlukan dan kontrak dengan anda;
  4. untuk memproses bayaran yang berkaitan kepada anda;
  5. untuk membolehkan kami menjalankan tanggungjawab kami dan melaksanakan hak kami di bawah perjanjian atau dokumen yang kami merupakan satu parti kepada;
  6. untuk memberi akses kepada premis PIDM;
  7. untuk mempertimbangkan permohonan untuk pekerjaan, atau bagi tujuan pekerjaan;
  8. untuk menilai Permohonan Tawaran, tender atau tawaran anda kepada PIDM;
  9. untuk tujuan insurans;
  10. untuk rekod penyimpanan dalaman, siasatan dalaman, audit, pengurusan risiko atau tujuan keselamatan;
  11. untuk mematuhi undang-undang dan kewajipan kawal selia dalam menjalankan operasi kami;
  12. bagi atau berkaitan dengan semua tujuan lain yang diperlukan atau bersampingan dengan operasi dan tujuan PIDM atau berkaitan dengan mana-mana Tujuan di atas.


3. Akibat kegagalan memberi Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan kepada kami mungkin diwajibkan atau sukarela bergantung kepada Tujuan yangnya dikumpulkan. Kegagalan memberi Data Peribadi boleh menjejaskan keupayaan PIDM untuk melaksanakan Tujuan seperti yang dinyatakan dalam peranggan 2.

4. Akses atau pembetulan Data Peribadi dan penarikan balik persetujuan

Anda mempunyai hak untuk memohon akses ke Data Peribadi yang dipegang oleh kami untuk memastikan ia tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sekiranya anda ingin menggunakan hak tersebut untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, sila lengkapkan “Borang Permohonan Data Peribadi” yang boleh didapati di laman “Hubungi Kami” dan emelkan borang lengkap kepada info@pidm.gov.my.

Anda juga boleh menarik balik persetujuan atau menyekat tujuan dan kaedah kami memproses Data Peribadi anda dan Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak lain yang dikenal pasti daripada Data Peribadi anda. Sekiranya anda menarik balik persetujuan atau menyekat tujuan dan kaedah kami memproses Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat meneruskan urusniaga dengan anda.

Sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, sila lengkapkan “Borang Permohonan Penarikan Balik Persetujuan” yang boleh didapati di laman “Hubungi Kami” dan emelkan borang lengkap kepada info@pidm.gov.my.

Anda juga boleh membuat permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda dengan menghantar permintaan anda secara bertulis kepada alamat yang berikut:-
 

U/P: Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam
Alamat: Aras 12, Axiata Tower,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
No Tel: 03-21737436
No Faks: 03-21737527
Alamat Emel: info@pidm.gov.my

Sila ambil perhatian bahawa walaupun dengan penarikan balik persetujuan anda, kami masih boleh memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.

5. Penzahiran Data Peribadi (dalam atau luar Malaysia)

Data Peribadi yang dipegang oleh kami akan dirahsiakan. Bagaimanapun, apabila memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dalam perenggan 2, kami mungkin menzahirkan Data Peribadi kepada orang berikut yang termasuk tetapi tidak terhadap kepada:

  1. bahagian-bahagian dalam PIDM termasuk mana-mana pengarah dan pekerja kami atas dasar perlu mengetahui;
  2. pengurusan bangunan premis PIDM;
  3. agensi kawal selia dan kerajaan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang atau yang diberi kuasa oleh apa-apa perintah mahkamah, atau untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa kawal selia.
  4. mana-mana orang atau badan yang memberikan kami perkhidmatan yang diperlukan dan/atau bersampingan dengan operasi kami atas dasar perlu mengetahui; atau
  5. pihak ketiga yang berkenanan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, menurut hubungan kontrak yang berkaitan atau bagi Tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas (atau langsung berkaitan dengan Tujuan tersebut).


6. Pindaan kepada Notis Privasi

Kami akan menyemak dan mengemaskini Notis Privasi ini dari masa ke semasa supaya selaras dengan mana-mana pindaan dalam operasi atau undang-undang atau peraturan-peraturan tanpa memberi notis terlebih dahulu. Anda dinasihat supaya mendapat Notis Privasi yang terkini dengan menghubungi kami atau melawati laman web kami untuk memastikan anda mengetahui notis terkini tersebut. Dengan meneruskan komunikasi dan urusniaga dengan kami, selepas penyampaian Notis Privasi kami yang terkini, anda dianggap sebagai telah menerima dan bersetuju dengan semakan semula serta pengemaskinian yang terkandung dalamnya.

7. Data Peribadi pihak ketiga

Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan dari orang (orang-orang) yang mana Data Peribadinya telah diberikan kepada kami oleh anda atau dikenal pasti daripada Data Peribadi anda yang boleh diproses oleh kami untuk Tujuan dinyatakan di sini termasuk penzahiran kepada pihak-pihak yang dinyatakan di sini.

8. Persetujuan anda

Sila ambil perhatian bahawa dengan memberi persetujuan anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk memproses atau meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda selaras dengan terma-terma notis ini.